Best Student

BAB 4 : KOMUNIKASI

BAB 4 T5 : Komunikasi (Tingkatan 5)

BAB 8 : KONSUMERISME

1. Maksud Konsumerisme
  • Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna
  • Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup  meningkat

2. Matlamat Konsumerisme
  • Melindungi hak pengguna
  • Mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
  • Membina kualiti kehidupan yang lebih baik

3. Maksud pengguna 
  • Orang yang menggunakan barang  untuk penuhi keperluan dan kehendak

4. Amalan perniagaan yang tidak sihat
  • Letak harga  tidak berpatutan
  • Buat iklan  mengelirukan
  • Tawar barang  berkualiti rendah
  • Jual barang yang tidak selamat

5. Hak pengguna

Hak mendapat keperluan asas
  • Mmakanan/pakaian

Hak mendapat keselamatan
  • Dilindungi daripada  kesan yang boleh   membahayakan  kesihatan 
  • contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan

Hak mendapat maklumat
  • Fakta lengkap sesuatu barang supaya tidak tertipu

Hak membuat pilihan
  • Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa

Hak mendapat ganti rugi
  • Berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna

Hak bersuara
  • Secara peribadi /  perwakilan

Hak mendapat pendidikan pengguna
  • Melalui ceramah / forum

Hak mendapat alam sekitar yang sihat
  • Kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun Mahkluk Perosak 1974


6. Lima Tanggungjawab pengguna

Kesedaran mengkritik
  • Boleh membuat aduan

Penglibatan dan tindakan
  • Bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial

Tanggungjawab sosial
  • Memberi derma kepada orang miskin/tua

Tanggungjawab alam semulajadi
  • Tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati

Bersatu padu
  • Supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan

7. Enam Tanggungjawab pengeluar


Praktikkan amalan perniagaan yang baik
  • Tidak menipu/ jual barang berkualiti

Amal pengiklanan yang beretika
  • Iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain

Sedia terima rungutan
  • kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan

Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme
  • Melalui seminar/forum

Memelihara alam sekitar
  • Menggurangkan penggunaan bahan yang  mencemarkan

Menjalankan tanggungjawab sosial
  • Memberi derma/ biasiswa

8. Lima prinsip asas  membeli dengan bijak

Menentukan jenis barang
  • Barang keperluan atau kehendak

Menentukan sebab membeli
  • Untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk

Menentukan masa membeli
  • Masa tawaran istimewa/ musim perayaan

Memilih tempat membeli
  • Lokasi berhampiran
  • Menawarkan pelbagai barang
  • Harga berpatutan dan barang berkualiti
  • Sikap  jujur dan layanan mesra
  • Ada kemudahan seperti ruang makan/tandas

9. Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna

Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna
  • Iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna

Beri kesedaran tentang konsumerisme
  • Melalui ceramah /kempen

Wujudkan akta/peraturan
  • Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972

Tubuh  kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang
  • Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar

10. Agensi lain  dan peranannya dalam melindungi pengguna                    

Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
  • Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna
  • Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan
  • Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv
  • Wujudkan  petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan
  • Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan

Tribunal Tuntutan Pengguna
  • Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
  • Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi
  • Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000

Persatuan Pengguna
  • Terima dan siasat aduan  pengguna
  • Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan
  • Beri laporan melalui  penerbitan majalah/berita
  • Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum

Persatuan Pengeluar
  • Pastikan ahli mematuhi kod etika  berkaitan dengan pengeluaran/persaingan
  • Adakan kempen membeli barang buatan tempatan

Persatuan Profesional
  • Pastikan  ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing

Persatuan Peniaga
  • Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna /  jujur dengan pengguna
  • Sediakan kod etika mengenai jualan          

11. Etika Amalan Perniagaan
  • Diperkenalkan tahun 1982
  • Digubal oleh Majlis  Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
  • Bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan  peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan
  • Mempunyai 5 prinsip:
  1. Kenalpasti dan akui  hak-hak pengguna
  2. Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan
  3. Patuhi prinsip perniagaan secara adil
  4. Tidak burukkan pesaing
  5. Amal perniagaan yang jujur
  • Mengandungi Etika Penjual dan Etika Pembeli

12. Etika Pembeli (mengandungi dua tanggungjawab pembeli)

Tanggungjawab terhadap penjual
  • Patuhi syarat kontrak
  • Jelaskan hutang mengikut tempoh
  • Tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran
  • Tidak menawarkan harga  terlalu rendah sehingga  peniaga rugi
  • Tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan
  • Amalkan sifat sopan santun
  • Beri pandangan   untuk tingkatkan kualiti barang

Tanggungjawab terhadap masyarakat
  • Libatkan diri dalam persatuan pengguna
  • Jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar
  • Elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar
  • Tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan

13. Etika Penjual (Mengandungi enam tanggungjawab penjual)

Tanggungjawab terhadap pekerja
  • Jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan
  • Beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti
  • Memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus

Tanggungjawab terhadap pelanggan
  • Sediakan barang berkualiti
  • Sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang
  • Tepati keperluan dan kehendak pengguna
  • Jual barang pada harga berpatutan
  • Bermaklumat  yang lengkap
  • Adakan kempen promosi yang jujur
  • Sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat
  • Beri layanan sama rata

Tanggungjawab terhadap pemodal
  • Maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan
  • Beri kadar pulangan yang memuaskan
  • Jalankan pengurusan yang cekap

Tanggungjawab terhadap pembekal
  • Layanan adil kepada semua pembekal
  • Patuhi segala  syarat kontrak
  • Berusaha jual barang  dengan segera
  • Amalkan ‘sistem payung’
  • Pastikan syarat kontrak  jelas

Tanggungjawab terhadap masyarakat
  • Pelihara alam sekitar
  • Guna sumber yang manfaatkan masyarakat
  • Beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui  biasiswa / subsidi

Tanggungjawab terhadap kerajaan
  • Bayar cukai
  • Sedia peluang pekerjaan
  • Guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap
  • Adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan  dasar





BAB 7 : PERANAN KERAJAAN DALAM PERDAGANGAN

Menyediakan penyelidikan dan pembangunan
  • MARDI - dibidang pertanian
  • LEMBAGA GETAH MALAYSIA (MRB) - untuk getah
  • LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB) – industri sawit
  • SIRIM - untuk industri teknologi tinggi
  • FRIM - untuk perhutanan
  • LKIM - untuk ikan

Menyediakan perundangan perniagaan
Contoh akta:
  • Akta Jualan Barangan
  • Akta Sewa Beli
  • Akta Perihal Dagangan
  • Akta Kawalan Harga
  • Akta Timbang dan Sukat

Menyediakan Latihan dan Pengurusan
  • Supaya peniaga berkemahiran dan cekap

Contoh Agensi:
  • MARA
  • NPC – Perbadanan produktiviti

Menyediakan kemudahan infrastruktur dan ruang niaga
Contoh :
  • Menyediakan bekalan elektrik/air/telefon
  • Bazar/ruang niaga/kilang untuk disewa

Contoh Agensi:
  • MARA
  • UDA HOLDING
  • PKEN

Memberi Insentif Pelepasan Cukai
  • Taraf perintis –pengecualian cukai untuk tempoh tertentu
  • Pengecualian cukai –tak perlu bayar cukai
  • Elaun cukai pelaburan

Menyediakan Kemudahan Pembiayaan
  • Memberi bantuan modal /pinjaman

Contoh Agensi : MARA
  • Bank Pertanian / Bank Pembangunan dan Infrastruktur

Lawatan Dagangan Keluar Negara
  • Untuk megadakan hubungan 2 hala
  • Buat perjanjian dagangan





BAB 1 : PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN

Bab 7 : Pelabuhan

BAB 7 : PELABURAN

a) Maksud Pelaburan.

     Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa  
     ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

b) Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator.

                  Pelabur
                 Spekulator
1. Membeli syer untuk mendapatkan 
    pulangan dalam bentuk dividen/  
    syer bonus.
 1. membeli syer pada harga rendah
    dan jual pada harga yang tinggi 
    untuk mendapatkan keuntungan.

2. Beli syer untuk disimpan dalam 
    jangka masa panjang dengan 
    harapan prestasi syarikat berkem-
    bang dan harga syernya naik.
2. Membeli dan menjual syer dalam
   jangka masa singkat untuk
   mendapatkan keuntungan  
   daripada perbezaan harga.

3. Penglibatan pelabur  
    mencergaskan pasaran saham 
    dan mengukuhkan harga pasaran.
3. Penglibatan Spekulator   
    kelemahkan pasaran saham  
    kerana harga saham turun dan 
    naik dengan tidak menentu.

4. Pelabur sentiasa berhati-hati
   melakukan analisis kewangan dan
   memperolehi maklumat prestasi
   syarikat sebelum membeli saham
   syarikat.
4. Spekulator sentiasa membuat
    ramalan sesuatu harga syer.
   Tindakannya dipengaruhi khabar 
   angin, sikapnya keterlaluan boleh 
   menjejaskan pasaran saham.



 JENIS PELABURAN.

a) Akaun Simpanan Tetap/Akaun Pelaburan.
  • Melabur di bank/institusi kewangan.
  • Pelaburan tanpa risiko.
  • Keuntungan rendah.
  • Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu.
  • Kelebihan :

  1. Pulangan tetap.
  2. Simpanan selamat.
  3. Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.

b) Harta Tanah.
Contoh : Pembelian seperti tanah, kedai/pejabat, rumah, ladang dsb. Mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan pendapatan semasa.                                        

c) Saham.
  • Pelaburan yang dibuat oleh Sy. Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen atau bonus.
  • Tujuan Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi mengembangkan syarikat.
  • 2  jenis iaitu :  

                           (i)  Saham disenaraikan.
                                    -  saham syarikat diurusniagakan di pasaran saham.
                          (ii)  Saham tidak disenaraikan.
                                    - saham yang tidak diurusniagakan di pasaran saham secara  
                                       rasmi.

(i).  Jenis Saham. Perbezaan di antara syer biasa dengan syer keutamaan.
  
            Syer Biasa.
       Syer Keutamaan.
1.  Kadar dividen sentiasa berubah 
     mengikut keuntungan syarikat.

1. Kadar dividen ditetapkan oleh 
    syarikat setiap tahun.
2.  Pemegang syer menerima dividen
     setelah pemegang syer  
     keutamaan menerima dividen 
     mereka.

2. Pemegang syer dibayar dividen 
    terlebih dahulu daripada   
    pemegang syer biasa.
3.  Pelabur berhak mengundi untuk
     memilih Lembaga Pengarah di  
     dalam mesyuarat agung tahunan.

3. Pelabur tidak berhak mengundi.
4. Pihak terakhir untuk menuntut balik
    modal jika  syarikat dibubarkan.

4. Diberi keutamaan menuntut balik
    modal jika syarikat dibubarkan.
    
Syer keutamaan dibahagi kepada 4 jenis :

Kumalatif.
  • Dibayar dividen semasa dan tunggakan dividen jika syarikat rugi pada tahun kewangan lepas.
Penyertaan.
  • Kadar dividen tetap dan dividen tambahan dibayar selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa.

Boleh Tebus.
  • Harga syer ditetapkan semasa syer itu diterbitkan.
  • Syer ini boleh dibeli oleh syarikat pada jumlah harga tertentu selepas suatu tempoh masa.
Boleh tukar.
  • Syer yang boleh ditukar kepada syer biasa.
  • Pemegang syer akan terima faedah sepertimana pemegang syer biasa.     


(ii) Pulangan atas saham.
  • Dalam bentuk syer bonus, dividen dan keuntungan modal.

Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.

Kes  Puan Salmi memiliki 5000  8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat  ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen 12 % terhadap syer biasa. Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.

Cara Pengiraan :

i)   Pendapatan dari syer keutamaan.
                   5000 x RM 2.00 x 0.08  =  RM 800.00

ii)   Pendapatan dari syer biasa.
                   5000 x RM 1.00 x 0.12  =  RM 600.00

iii)  Pendapatan dari Debentur.
                   RM 3000 x  0.06            =  RM 180.00
         
iv)  Jumlah Pendapatan.
                   RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00

v)   Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

1.      Mewujudkan peluang pasaran bagi saham.
  • BSKL menyediakan tempat untuk memudahkan pelabur menjalankan urusniaga syer.

2.      Menyebarkan maklumat  kewangan syarikat kepada orang lain. 
  • Melalui media massa tentang kedudukan kewangan sesebuah syarikat.                        

3.      Melindungi kepentingan para pelabur. Dengan cara :-
  • Mengenakan syarat-syarat penyeneraian yang ketat.
  • Mewajibkan broker menyumbang wang tertentu kepada Tabung Jaminan  
  • Setia untuk dibayar pampasan kepada para pelabur yang tertipu.
  • Mewajibkan semua syarikat awam menerbitkan maklumat tentang operasi, prestasi keuntungan untuk pengetahuan para pelabur.
      4.  Menjalankan urusniaga saham.
  • Untuk memudahkan pelabur menjual syer dan perolehi Wang tunai pada bila-bila masa.

       5.  Membantu mengumpulkan modal daripada orang ramai untuk 
            pembangunan negara.
       6.  Menimbulkan minat melabur di kalangan orang ramai dengan menganjurkan 
            pelbagai program.


Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.

1.  Keadaan ekonomi Negara.
  • Jika ekonomi kukuh, pelaburan meningkat, maka harga Saham naik dan    sebaliknya

2.  Keadaan Politik.
  • Jika politik stabil, pelaburan meningkat, harga saham naik dan sebaliknya.

3.  Aktiviti Spekulasi.
  • Spekulator yang membeli dan menjual syer akan Mempengaruhi turun naik  harga syer.

4.  Kualiti Pengurusan dan Prospek Syarikat.
  • Syarikat yang mempunyai pengurusan yang cekap harga saham naik dan  menyebabkan sebaliknya.

5.  Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.
  • Jika kerajaan menggalakkan penawaran wang di pasaran, maka BNM akan  mengurangkan kadar faedah pinjaman.
  • Ini mengggalakkan orang ramai meminjam untuk membuat pelaburan. Maka harga saham meningkat dan sebaliknya.


Cara Membeli dan Menjual Saham.

Bagi saham yang tidak disenaraikan di BSKL ialah melalui broker saham.
Bagi menjual saham tersenarai di BSKL seperti berikut :
(i).     Penjual hubungi broker untuk memberitahu butir-butir saham yang hendak  
          dijual.
(ii).    Broker menghantar maklumat tersebut di bilik padanan diBSKL.
(iii).   Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada. Jika wujud  
         persetujuan antara pembeli dengan penjual maka Urusniaga berlaku.
(iv).  Unit Amanah.
  • Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.
  • Diuruskan oleh pengurus professional.
  • Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.
  • Risiko kerugian rendah.
  • Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta                             tanah dan Gilts.

PANDUAN AM MELABUR.

1.  Pelabur perlu mendapat maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin diceburi.

2.  Pastikan keuntungan maksimum boleh diperolehi samada melalui kadar faedah, dividen dan keuntungan ke atas modal.

3.  Mengambilkira risiko dalam pelaburan. Jika pelabur kurang mahir, boleh melabur dalam pelaburan yang kurang risiko dan sebaliknya.
        
4.  Modal sedia ada. Sekiranya pelabur bermodal kecil sesuai melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti Unit Amanah atau di bank.
                        
5.  Kecairan ialah sesuatu aset mudah ditukar kebentuk wang tunai.              
Aset mudah cair
Simpanan di bank.
Aset tidak mudah cair
Harta tanah




Insurans Ting 5 ( Kertas 2)

Sila berikan nama murid, Kelas, nama sekolah
1) Bincangkan dengan ringkas prinsip- prinisip berikut: (i) Prinsip Indemniti (ii) Prinsip penuh percaya mutlak (iii) Doktrin sebab hampiran (15 Markah)
2) Huraikan sebab- sebab syarikat berkenaan mengambil polisi berikut. i) Kedai pajak gadai - Insurans kecurian dan rompakan ii) Kilang Perabot - Insurans liabiliti majikan
3) Bagaimanakah insurans penting kepada seseorang peniaga? ( 10 Markah )
Name:
Email Address:

Form provided by Freedback.

latihan bab 1 form 4

Nama pelajar dan email
Pilih pernyataan yang benar tentang keperluan manusia ?
Dari senarai berikut, pilih kehendak manusia
Pilih huraian yang tepat memnerikan gambaran kehendak
Apakah yang membezakan tahap keperluan dalam Hierarki Maslow?
Kehendak dan keperluan setiap individu adalah berbeza. Apakah kehendak seorang pelajar sekolah ?
Setiap individu mempunyai keinginan untuk memenuhi hasrat atau cita- citanya. Pernyataan tersebut merujuk

This contact form was created by Freedback.

latihan

Pilih pernyataan yang benar tentang keperluan manusia ?
 
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012
Designed by: Ayesha Ramlee