Best Student

Bab 6: Pemilikan Perniagaan

BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri
  • Menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
  • Usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
  • Usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan kreativiti sendiri.

2. Mengambil alih
  • Membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
  • Perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
  • Pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.

3. Warisan
  • Mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain Globe Silk Store

4. Francais
  • Hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
  • Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
  • Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
  • Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan mematuhi syarat. Contoh Marrybrown, England Optical

5. Diundang
  • Usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan kongsi atau pemegang saham.
  • Dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

FAKTOR DIPERTIMBANGKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN
  1. Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman.
  2. Memastikan modal mencukupi
  3. Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan berpotensi maju.
  4. Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973.
  5. Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa, kadar upah, persaingan, peraturan kerajaan tempatan dan kuasa beli penduduk.
  6. Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.
  7. Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang strategi menghadapinya.
 
PENGENDALIAN PERNIAGAAN

1. Pengurusan stok
  • Stok ialah barang yang disimpan untuk dijual pada suatu masa akan datang pengurusan stok melibatkan aspek:
          a.       Mendapatkan bekalan stok
          b.       Memeriksa stok
          c.       Merekod stok
          d.       Menyimpan dan mengawal stok
          e.       Memperaga stok

2. Pengurusan kewangan
  • Melibatkan:
          a.       Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna
                   - Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira
          b.       Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod simpanan
                   - dinilai daripada jumlah untung kasar dan untung bersih serta mencari pulangan  
                     modal.
          c.       Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan meningkatkan   
                     prestasi perniagaan.
                   - kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih ketat,   tingkatkan promosi.

3. Pengurusan sumber manusia
          a.       Meningkatkan kecekapan pekerja melalui pengkhususan dan latihan kemahiran
          b.       Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan tempat penginapan, gaji, 
                     bonus, perubatan percuma serta kemudahan riadah dan ibadat.
          c.       Mewujudkan  hubungan yang baik, mesra dan harmonis antara pekerja dan
                     majikan.
         d.        Mematuhi undang-undang berkaitan hak pekerja seperti Akta Pekerja 1955. Akta   
                     Keselamatan Sosial 1969 dan Ordinan KWSP 1955.
                   

4. Pengurusan masa
  • Usahawan perlu menyusun dan merancang aktiviti menurut keutamaan dan penggunaan masa secara produktif.
         
5. Pengurusan pelanggan
  • Melibatkan 3 aspek:
          a.       Memahami sifat pelanggan
          b.       Mengenalpasti jenis pelanggan
          c.       Mengetahui cara melayan pelanggan.

6.  Pengurusan risiko
  • Ada tiga jenis risiko
          a.       Risiko boleh diinsuranskan iaitu kejadian dapat diramalkan seperti kebakaran
          b.       Risiko tidak boleh diinsuranskan iaitu tidak dapat diramalkan secara statistik dan  
                     kadar premium tidak dapat ditentukan seperti peperangan
          c.       Risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti kerugian yang      
                     berpunca spekulasi pelaburan.      
                
                                
7.  Pengurusan maklumat
  • Maklumat perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi menjamin keberkesanan pengurusan.
  • Pengurusan teknologi maklumat (komputer) dapat membantu pengurusan maklumat dengan cekap.

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN

1.       MILIKAN TUNGGAL
  • Perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya
  • Dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik
  • Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
  • Keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.

Cara Menubuhkan Milikan Tunggal
  • Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965
a.    Permohonan carian nama – Borang PNA 42
b.    Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A
c.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan - Borang D

2. PERKONGSIAN
  • Perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang
  • Pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah Akta Perkongsian 1961
  • Ada tiga jenis rakan kongsi
              a.       Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat aktif dalam perniagaan
              b.       Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak terlibat dalam
                         perniagaan.
              c.       Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal tetapi membenarkan
                         nama disenaraikan sebagai salah seorang pemilik.                         
  • Semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad.
  • Agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
  • Keuntungan perkongsian tertakluk  kepada cukai pendapatan perseorangan.
Cara Menubuhkan Perkongsian
  • Sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi Borang A - Halaman 3    
             a.       Permohonan carian nama – Borang PNA 42
             b.       Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A
             c.       Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan


SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
  • Mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham
  • Perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai.
  • Semua pemilik menanggung liabiliti terhad.
  • Saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham dibuat dengan persetujuan ahli.
  • Syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan pemegang saham syarikat itu.
  • Keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.
Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad
  • Ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965
a.       Permohonan untuk carian nama – Borang 13A
b.       Permohonan untuk mendaftar syarikat  dengan mengemukakan:
             i.        Tatawujud syarikat – dokumen mengenai fakta penubuhan  syarikat
             ii.       Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan prosedur pengurusan dalam
                       syarikat
             iii.      Borang 6 (Perakuan Pematuhan)
            iv.      Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
             v.       Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantikan sebagai setiausaha)   
c.       Serahan dokumen
d.       Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan  pemerbadanan syarikat - Borang D


SYARIKAT AWAM BERHAD
  • Perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.
  • Saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik melalui bursa saham.
  • Pemegang saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.
  • Pemegang saham menanggung  liabiliti terhad
  • Disenaraikan di bursa saham
  • Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah yang dilantik .
  • Pemegang syer  yang memiliki lebih 51% akan menguasai Lembaga Pengarah dan kawalan syarikat.
  • Ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham.
  • Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai setiap tahun.
  • Cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.
Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad
  • Sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:
                   a.       Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15, Akta Syarikat 1965
                   b.       Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
                   c.       Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti berkaitan prospektus dan  
                             penyenaraian syer di bursa saham
                   d.       Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
                   e.       Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer dipohon melebihi
                             jumlah yang ditawarkan
                    f.       Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar Syarikat.
             

KOPERASI
  • Prinsip koperasi:
          a.       Keanggotaan secara sukarela dan terbuka
          b.       Kawalan secara demokratik oleh anggota
          c.       Kebebasan dan autonomi
          d.       Penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran maklumat koperasi
          e.       Perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan sosial.

  • Berasaskan prinsip tolong-menolong dan mementingkan kebajikan anggotanya
  • Jenis koperasi seperti koperasi kredit, koperasi bank, koperasi  pengguna. Contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia
  • Pemilik ialah pemegang syer dan bilangan minimum pemegang syer ialah 100 dan tiada had maksimum.
  • Setiap anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%.
  • Koperasi ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993
  • Liabiliti terhad
  • Koperasi dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa mesyuarat agung
  • Agihan lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebagai Simpanan Kumpulan Wang Rezab dan baki diagih dalam bentuk dividen.
  • Rebat dibayar berasaskan jumlah belian.
  • Koperasi dikecualikan cukai
Cara menubuhkan koperasi:
             a.    Permohonan menubuhkan koperasi melalui Jabatan Pembangunan Koperasi
             b.    Menubuhkan jawatankuasa penaja
             c.    Mengadakan mesyuarat agung
             d.    Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar Negeri.
             e.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran.
         

PERBADANAN AWAM
  • Ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan pembinaan infrastruktur.
  • Ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab menteri yang membentuk satu lembaga untuk pengurusan. Contoh perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.

PENSWASTAAN
  • Merupakan satu proses pemindahan kuasa kawalan, kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
  • Sektor swasta dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Contoh: Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Tujuan :
a.    Mengurangkan beban kewangan kerajaan
b.    Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
c.    Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
d.    Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber lebih cekap
e.    Memberi manfaat kepada kakitangan dan rakyat
 

0 comments:

Insurans Ting 5 ( Kertas 2)

Sila berikan nama murid, Kelas, nama sekolah
1) Bincangkan dengan ringkas prinsip- prinisip berikut: (i) Prinsip Indemniti (ii) Prinsip penuh percaya mutlak (iii) Doktrin sebab hampiran (15 Markah)
2) Huraikan sebab- sebab syarikat berkenaan mengambil polisi berikut. i) Kedai pajak gadai - Insurans kecurian dan rompakan ii) Kilang Perabot - Insurans liabiliti majikan
3) Bagaimanakah insurans penting kepada seseorang peniaga? ( 10 Markah )
Name:
Email Address:

Form provided by Freedback.

latihan bab 1 form 4

Nama pelajar dan email
Pilih pernyataan yang benar tentang keperluan manusia ?
Dari senarai berikut, pilih kehendak manusia
Pilih huraian yang tepat memnerikan gambaran kehendak
Apakah yang membezakan tahap keperluan dalam Hierarki Maslow?
Kehendak dan keperluan setiap individu adalah berbeza. Apakah kehendak seorang pelajar sekolah ?
Setiap individu mempunyai keinginan untuk memenuhi hasrat atau cita- citanya. Pernyataan tersebut merujuk

This contact form was created by Freedback.

latihan

Pilih pernyataan yang benar tentang keperluan manusia ?
 
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012
Designed by: Ayesha Ramlee