Best Student

BAB 8 : KONSUMERISME

1. Maksud Konsumerisme
  • Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna
  • Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup  meningkat

2. Matlamat Konsumerisme
  • Melindungi hak pengguna
  • Mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
  • Membina kualiti kehidupan yang lebih baik

3. Maksud pengguna 
  • Orang yang menggunakan barang  untuk penuhi keperluan dan kehendak

4. Amalan perniagaan yang tidak sihat
  • Letak harga  tidak berpatutan
  • Buat iklan  mengelirukan
  • Tawar barang  berkualiti rendah
  • Jual barang yang tidak selamat

5. Hak pengguna

Hak mendapat keperluan asas
  • Mmakanan/pakaian

Hak mendapat keselamatan
  • Dilindungi daripada  kesan yang boleh   membahayakan  kesihatan 
  • contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan

Hak mendapat maklumat
  • Fakta lengkap sesuatu barang supaya tidak tertipu

Hak membuat pilihan
  • Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa

Hak mendapat ganti rugi
  • Berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna

Hak bersuara
  • Secara peribadi /  perwakilan

Hak mendapat pendidikan pengguna
  • Melalui ceramah / forum

Hak mendapat alam sekitar yang sihat
  • Kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun Mahkluk Perosak 1974


6. Lima Tanggungjawab pengguna

Kesedaran mengkritik
  • Boleh membuat aduan

Penglibatan dan tindakan
  • Bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial

Tanggungjawab sosial
  • Memberi derma kepada orang miskin/tua

Tanggungjawab alam semulajadi
  • Tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati

Bersatu padu
  • Supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan

7. Enam Tanggungjawab pengeluar


Praktikkan amalan perniagaan yang baik
  • Tidak menipu/ jual barang berkualiti

Amal pengiklanan yang beretika
  • Iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain

Sedia terima rungutan
  • kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan

Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme
  • Melalui seminar/forum

Memelihara alam sekitar
  • Menggurangkan penggunaan bahan yang  mencemarkan

Menjalankan tanggungjawab sosial
  • Memberi derma/ biasiswa

8. Lima prinsip asas  membeli dengan bijak

Menentukan jenis barang
  • Barang keperluan atau kehendak

Menentukan sebab membeli
  • Untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk

Menentukan masa membeli
  • Masa tawaran istimewa/ musim perayaan

Memilih tempat membeli
  • Lokasi berhampiran
  • Menawarkan pelbagai barang
  • Harga berpatutan dan barang berkualiti
  • Sikap  jujur dan layanan mesra
  • Ada kemudahan seperti ruang makan/tandas

9. Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna

Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna
  • Iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna

Beri kesedaran tentang konsumerisme
  • Melalui ceramah /kempen

Wujudkan akta/peraturan
  • Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972

Tubuh  kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang
  • Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar

10. Agensi lain  dan peranannya dalam melindungi pengguna                    

Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
  • Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna
  • Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan
  • Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv
  • Wujudkan  petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan
  • Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan

Tribunal Tuntutan Pengguna
  • Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
  • Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi
  • Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000

Persatuan Pengguna
  • Terima dan siasat aduan  pengguna
  • Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan
  • Beri laporan melalui  penerbitan majalah/berita
  • Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum

Persatuan Pengeluar
  • Pastikan ahli mematuhi kod etika  berkaitan dengan pengeluaran/persaingan
  • Adakan kempen membeli barang buatan tempatan

Persatuan Profesional
  • Pastikan  ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing

Persatuan Peniaga
  • Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna /  jujur dengan pengguna
  • Sediakan kod etika mengenai jualan          

11. Etika Amalan Perniagaan
  • Diperkenalkan tahun 1982
  • Digubal oleh Majlis  Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
  • Bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan  peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan
  • Mempunyai 5 prinsip:
  1. Kenalpasti dan akui  hak-hak pengguna
  2. Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan
  3. Patuhi prinsip perniagaan secara adil
  4. Tidak burukkan pesaing
  5. Amal perniagaan yang jujur
  • Mengandungi Etika Penjual dan Etika Pembeli

12. Etika Pembeli (mengandungi dua tanggungjawab pembeli)

Tanggungjawab terhadap penjual
  • Patuhi syarat kontrak
  • Jelaskan hutang mengikut tempoh
  • Tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran
  • Tidak menawarkan harga  terlalu rendah sehingga  peniaga rugi
  • Tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan
  • Amalkan sifat sopan santun
  • Beri pandangan   untuk tingkatkan kualiti barang

Tanggungjawab terhadap masyarakat
  • Libatkan diri dalam persatuan pengguna
  • Jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar
  • Elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar
  • Tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan

13. Etika Penjual (Mengandungi enam tanggungjawab penjual)

Tanggungjawab terhadap pekerja
  • Jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan
  • Beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti
  • Memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus

Tanggungjawab terhadap pelanggan
  • Sediakan barang berkualiti
  • Sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang
  • Tepati keperluan dan kehendak pengguna
  • Jual barang pada harga berpatutan
  • Bermaklumat  yang lengkap
  • Adakan kempen promosi yang jujur
  • Sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat
  • Beri layanan sama rata

Tanggungjawab terhadap pemodal
  • Maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan
  • Beri kadar pulangan yang memuaskan
  • Jalankan pengurusan yang cekap

Tanggungjawab terhadap pembekal
  • Layanan adil kepada semua pembekal
  • Patuhi segala  syarat kontrak
  • Berusaha jual barang  dengan segera
  • Amalkan ‘sistem payung’
  • Pastikan syarat kontrak  jelas

Tanggungjawab terhadap masyarakat
  • Pelihara alam sekitar
  • Guna sumber yang manfaatkan masyarakat
  • Beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui  biasiswa / subsidi

Tanggungjawab terhadap kerajaan
  • Bayar cukai
  • Sedia peluang pekerjaan
  • Guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap
  • Adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan  dasar





0 comments:

Insurans Ting 5 ( Kertas 2)

Sila berikan nama murid, Kelas, nama sekolah
1) Bincangkan dengan ringkas prinsip- prinisip berikut: (i) Prinsip Indemniti (ii) Prinsip penuh percaya mutlak (iii) Doktrin sebab hampiran (15 Markah)
2) Huraikan sebab- sebab syarikat berkenaan mengambil polisi berikut. i) Kedai pajak gadai - Insurans kecurian dan rompakan ii) Kilang Perabot - Insurans liabiliti majikan
3) Bagaimanakah insurans penting kepada seseorang peniaga? ( 10 Markah )
Name:
Email Address:

Form provided by Freedback.

latihan bab 1 form 4

Nama pelajar dan email
Pilih pernyataan yang benar tentang keperluan manusia ?
Dari senarai berikut, pilih kehendak manusia
Pilih huraian yang tepat memnerikan gambaran kehendak
Apakah yang membezakan tahap keperluan dalam Hierarki Maslow?
Kehendak dan keperluan setiap individu adalah berbeza. Apakah kehendak seorang pelajar sekolah ?
Setiap individu mempunyai keinginan untuk memenuhi hasrat atau cita- citanya. Pernyataan tersebut merujuk

This contact form was created by Freedback.

latihan

Pilih pernyataan yang benar tentang keperluan manusia ?
 
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012
Designed by: Ayesha Ramlee